Monday, August 8, 2011

Hai model Baru Lagi.

 Hai belum sempat nak beli honda jazz dah nak keluar model baru alamak tak merasa lagi..apa yg nie terbaik cantik.
 Yang nie pulak kat jepun nama SIRION kat cni org panggil Myvi lagi best tu....yg hangat dipasaran.
Yang bila nak kuar aku nak jual kenari dan pasti angkat satu.....ada anda RM BYK boleh angkat lagi besar ooooo...Teman ada duit kecit angkat keta kecit jer.....

Sunday, August 7, 2011

. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


sambungan yg lepas:-
. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Thursday, August 4, 2011

fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :MALAM KELIMA SEHINGGA MALAM KELAPAN.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :MALAM KELIMA SEHINGGA MALAM KELAPAN.


Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Wednesday, August 3, 2011

peh.....jom balik masak..apa kata perkena menu nie

jom balik masak yg nie menu diet pasti cedap? ememem leleh air liur nie...jom balik masak cedap tu.

fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Ingat malam ini malam yg ke 4 jom ramai ke masjid dan surau yg berhampiran tempat tinggal anda semua,sebab apa takut ramadhan kali adalah ramadhan yang terakhir utk kita jadi rebut peluang ini,pesanan ini jugak utk diri saya sendiri.

Tuesday, August 2, 2011

Rumah hangus sebelum buka puasa

Mangsa, Siti Azlina Muhamed, 29, memberitahu sebelum kejadian dia sempat memasak lauk untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.
"Hari ini saya masak dua jenis lauk iaitu ayam pedas dan singgang daging dan selepas siap menyediakan lauk itu, saya bersiap untuk ke tempat kerja.
"Saya keluar rumah kira-kira pukul 3 petang. Sejam kemudian suami saya Mohd. Nazir Abdullah, 34, datang ke tempat kerja dan membawa saya pulang tanpa sempat saya bertanya apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
SITI AZLINA sambil memeluk anaknya, Mohd. Amar hiba memandang sayu sebahagian daripada juadah berbuka puasa yang tidak terjejas setelah rumahnya hangus dalam satu kebakaran di Kampung Chica, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.


Tambahnya, sebaik sahaja sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang didiaminya itu hangus terbakar.

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya...diharap kepada keluarga mangsa harap bersabar , tabah dan bersyukur tiada kehilangan nyawa dengan ujian dari Allah swt ini .

Monday, August 1, 2011

Menu diet di bulan ramadhan


Mcm mane 1st day pose? letih? mengantok?
so far, aku Alhamdulillah la, setakat ni msh segar lg....tmbh2 pulak more excited coz dpt blik keje awal arini...hehehe.

OK straight to the point,korang rase leh DIET x di bulan ramadhan ni?..yer la kan, bile dah waktu g bazaar 2 mcm2 nak beli..dah rambang mata ni..last2 terlupe yg kite tgh berdiet...huhuhu..actlly, aku target nk diet la for dis rmadhn..

SO,aku nk idea u all ttg menu2 tuk berbuka puase nnti yg sesuai utk org diet..?

MARHABAN YA RAMADHAN


Melalui kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut datangnya bulan suci
ramadhan, mohon maaf lahir bathin..
Selamat menjalankan ibadah selama bulan puasa. Semoga bulan ramadhan tahun ini
jauuuh lebih baik dari yang sebelumnya.