Mangsa, Siti Azlina Muhamed, 29, memberitahu sebelum kejadian dia sempat memasak lauk untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.
"Hari ini saya masak dua jenis lauk iaitu ayam pedas dan singgang daging dan selepas siap menyediakan lauk itu, saya bersiap untuk ke tempat kerja.
"Saya keluar rumah kira-kira pukul 3 petang. Sejam kemudian suami saya Mohd. Nazir Abdullah, 34, datang ke tempat kerja dan membawa saya pulang tanpa sempat saya bertanya apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
SITI AZLINA sambil memeluk anaknya, Mohd. Amar hiba memandang sayu sebahagian daripada juadah berbuka puasa yang tidak terjejas setelah rumahnya hangus dalam satu kebakaran di Kampung Chica, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.
Tambahnya, sebaik sahaja sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang didiaminya itu hangus terbakar.
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya...diharap kepada keluarga mangsa harap bersabar , tabah dan bersyukur tiada kehilangan nyawa dengan ujian dari Allah swt ini .