Wednesday, August 3, 2011

fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Ingat malam ini malam yg ke 4 jom ramai ke masjid dan surau yg berhampiran tempat tinggal anda semua,sebab apa takut ramadhan kali adalah ramadhan yang terakhir utk kita jadi rebut peluang ini,pesanan ini jugak utk diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment